Friday, 12 August 2011

:: Peristiwa Yang Berlaku Dalam Hari-hari Islam ::


Dalam kalendar Islam (Hijriyah), nama hari-hari yang tujuh itu ialah Ahad ertinya satu, Isnin ertinya dua, Selasa ertinya tiga, Arba' ertinya empat, Khamis ertinya lima, Jumaat ertinya berhimpun dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh ini mengikut sejarah Islam adalah seperti berikut :


AHAD
1. Allah menjadikan alam ini

2. Allah menjadikan bintang-bintang di langit

3. Allah menjadikan api neraka

4. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis

5. Allah menjadikan tujuh jenis lautan

6. Allah menjadikan tujuh anggota manusia


ISNIN
1. Nabi Idris a.s. dinaikkan Allah ke langit

2. Nabi Musa a.s. mengunjungi Bukit Tursina

3. Bukti keEsaan Allah diturunkan

4. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan

5. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

6. Rasulullah s.a.w. wafat


SELASA
1. Nabi Yahya telah dibunuh

2. Nabi Zakaria telah dibunuh

3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan

4. Asiah isteri Firaun mati dibunuh

5. Lembu kaum Bani Israel dibunuh

6. Habil dibunuh oleh Qabil


RABU
1. Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah

2. Firaun dan bala tenteranya hancur binasa

3. Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyamuk

4. Umat Nabi Saleh a.s. dihancurkan dengan teriakan keras dari Malaikat Jibril a.s.

5. Umat Nabi Hud a.s. dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat


KHAMIS
1. Nabi Ibrahim a.s. memasuki kerajaan Mesir

2. Saudara Nabi Yusuf a.s. telah menemuinya semula di Mesir setelah lama terpisah

3. Nabi Yaakob a.s. bertemu dengan anaknya semula Nabi Yusuf a.s. di Mesir

4. Nabi Musa a.s. memasuki Mesir

5. Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Kota Mekah


JUMAAT
1. Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Siti Hawa

2. Nabi Yusuf a.s. berkahwin dengan Zulaikha

3. Nabi Musa a.s. berkahwin dengan Siti Safura anak Nabi Syuib a.s.

4. Nabi Sulaiman a.s. berkahwin dengan puteri Balqis

5. Rasulullah s.a.w. berkahwin Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah

6. Ali bin Abu Talib r.a. berkahwin dengan Siti Fatimah


SABTU
1. Nabi Nuh a.s. diperolok-olokkan oleh kaumnya

2. Nabi Saleh a.s. ditipu oleh umatnya

3. Nabi Yusuf a.s. ditipu oleh saudara-saudaranya

4. Nabi Musa a.s. ditindas oleh Firaun

5. Nabi Isa a.s. diperdayakan oleh kaum Yahudi

6. Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.